27 Januari 2011

Memang lama saya tidak menulis apa-apa disini…sekali lagi, tersasar daripada gol (T_T)

Saya sentiasa teringat pada blog ni cuma diatas kelemahan diri, tak dapat istiqamah untuk menulis 😦

Banyak perkara telah berlaku pada saya dalam beberapa bulan ni, seperti satu episod hidup ‘besar’ yang berantai-rantai rapat…alhamdulillah atas semuanya 🙂

Kini, sedang dalam proses penyesuian diri……………insyaAllah, akan kembali semula. doakan ye (*^_^*)

Saya kongsikan satu nasyid daripada kumpulan Nadamurni satu ketika dulu.Umur saya masih di awal belasan tahun semasa pertama kali mendengar nasyid ni dipersembahkan secara langsung. Waktu pertama kali dengar itu, saya merasakan ada satu perasaan tertusuk dalam diri. Seperti ada satu ‘tranformation’ yang sedang berlaku perlahan-lahan dan senyap dalam jiwa. Sehingga kini, saya masih merasakan tusukan perasaan  mendengar lirik nasyid ini…moga nasyid ini ada manfaat pada kita semua