Agar hati ini tetap terus mencintai dakwah ini, maka saya berkeinginan untuk meng’infak’kan diri sebagai ‘penggerak’ pada mana-mana aktiviti dakwah sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Maka pada weekend lepas, saya terlibat sebagai salah seorang pekerja Konsis 07. Konvensyen Mahasiswa 07 yang menghimpunkan penggerak dari IPTA seluruh Negara dan juga mahasiswa dari Negara India, Indonesia, UK, Ireland, Australia dan lain-lain negara lagi. Peserta, facilitator dan pekerja Konsis 07 datang dari dekat dan jauh dengan tujuan untuk menerima, berkongsi, memahami dan memberi ‘sesuatu’ bagi manfaat dunia dakwah melalui kesatuan matlamat. Moga pejuang-pejuang ini dikuatkan Allah dan mampu menjadi orang yang memberi ‘kesan’ pada dunia islam di lokaliti masing-masing.

 

Berbalik kepada cerita saya untuk menjadi penggerak, kali ini saya benar-benar mendapat kerja sebagai ‘penggerak’. Saya menjadi ‘penggerak’ kereta kerana ditugaskan mengangkut peserta-peserta KONSIS (Ermm…boleh ke ni dimasukkan dalam perkiraan tanggungjawab ‘penggerak’ yang dimaksudkan?). Apa pun, saya berasa bersyukur dapat peluang menyumbang tenaga.

 

Saya sempat bertegur dengan x-pelajar saya di CUCMS. Memang saya ada terperasan namanya dalam senarai pendafaran peserta CUCMS. Rasa gembira bila baca namanya sebagai salah seorang penggerak disana kerana dia antara pelajar yang saya sangat senangi. Dia nampaknya agak terkejut terjumpa x-‘teacher’nya di KONSIS. Mungkin sebab dia tak pernah jumpa saya dalam program tarbiyyah di CUCMS. Benar, wadah penglibatan saya di IPT lain. Tapi alhamdulillah, Allah makbulkan hajat saya untuk berjumpa dengannya walaupun hanya sekejap saja kami bersapa. Moga kami dapat berkongsi lebih banyak persamaan jika berjumpa lagi kali kedua. Sebenarnya, pelajar ini antara mereka yang markahnya sederhana saja dalam kuiz matematik yang diberi pada setiap minggu. Ada masanya, markahnya jatuh banyak. Tapi di akhirnya, dia merupakan pelajar yang memperolehi markah tertinggi dalam kelas saya pada final exam. MasyaAllah! Saya benar2x tidak menyangkakannya. Bahkan pelajar yang saya target untuk perform dengan baik pada exam tu mengejutkan saya dengan markahnya yang rendah. Sememangnya, potensi sesorang itu tidak boleh dinilai pada satu tahap saja. Dia akan bangkit bila berusaha dan jatuh jika lalai.

Akhawat semasa Mukhrin07

Saya hargai ukhuwwah yang telah dirapatkan dekat sesama akhawat terutama akhwat yang se’biro’ dengan saya…Fiza, Ila, Syida dan Azreen. Setiap ukhti ini ada karekter yang tersendiri yang buatkan mereka dekaaaaaat di hati ;). Akhawat, nak cerita skit bleh?

 

Ada ukhti yang mimik mukanya sangat serius jika berurusan dengannya  terutama jika gendernya ‘ikhwah’ tapi hatinya sangat pemurah memberi pertolongan dengan penuh senyuman.

Ada ukhti yang sangat mengalu-alukan suasana yang mewah, mudah dan selesa tapi sanggup mensusahkan dan melukai dirinya demi tarbiyyah dan ukhuwwah.

Ada ukhti yang perwatakannya pendiam dan kelihatan santai, tapi perasaannya sangat malu  jika tidak dapat menjalankan amanahnya dengan benar-benar ter’baik’.

Ada ukhti yang sangat perahsia dan mudah mengalirkan air matanya tapi seorang yang tabah dalam menghadapi kerunsingannya dan memastikan runsingnya itu hanya diketahui dirinya  dan Allah.

 

Yup…macam-macam perwatakkan akahwat yang tetap saya senangi walapun kadang kala terasa hati. Mereka bersabar dengan saya dan saya juga ingin bersabar dengan mereka.

    

Advertisements