Semalam ada kupasan buku oleh Ustazah NoorSham berkenaan 50 wasiat Rasulullah SAW kepada wanita mukminah. Ustazah hanya sempat mengupas 5 pesanan sahaja.

 

Wasiat ini mengkhusus kepada wanita mukminah kerana hanya wanita yang beriman kepada Allah sahaja yang mampu berusaha menyahut seruan Allah dan RasulNya.

 

Pesanan 1: Selamatkan dirimu daripada neraka

 

Sabda Rasulullah SAW,

“WAHAI KAUM WANITA, BERSEDEKAHLAH,SESUNGGUHNYA TELAH DIPERLIHATKAN KEPADAKU,KAUM KALIANLAHYANG LEBIH BANYAK MENGHUNI NERAKA

 

Maka bersedekahlah dan perbanyakkan istighfar. Dosa-dosa kecil dapat dihapuskan dengan sedekah dan memperbanyakkan amal kebaikkan kita di akhirat. Maka diriku dan saudariku, jadilah seorang yang sangat pemurah.

 

Sabda Rasulullah SAW:

 

“ Hendaklah salah seorang di antara kamu melindungi wajahnya dari neraka meskipun hanya dengan separuh kurma.”

 

“Janganlah kamu meremehkan sedikit pun dari kebaikan meskipun hanya berupa muka manis yang kamu tatapkan pada saudaramu.”

 

Sedekah yang paling utama adalah sedekah kepada ahli keluarga (ibubapa, suami/isteri, anak, PakcikMakcik…..) Amalan sedekah dapat menyelamtkan diri daripada kematian yang buruk.

 

Masalah utama wanita ialah masalah mulut. Kaum wanita yang kaya dengan emosi mudah merungut, mengomen, menyumpat dan seumpama dengannya. Maka, perbanyakkanlah istighfar.

 

Rasulullah SAW yang bersifat maksum beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari. Kelebihan saripada istighfar ini ialah Allah memudahkan jalan keluar bagi masalah yang menimpa hambaNya.

 

Penghulu istighfar:

 

 

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

 

2. Jauhkan Dirimu daripada Dosa-dosa Kecil

 

Rasulullah SAW berkata kepada Aisyah:

“ WAHAI AISYAH,TAKUTLAH KAMU AKAN SEGALA PERBUATAN DOSA-DOSA KECIL.SESUNGGUHNYA UNTUK PERBUATAN ITU TERDAPAT TUNTUTAN DARI ALLAH.”

 

Bilal bin Sa’d pernah berkata:

“JANGANLAH ENGKAU MEMANDANG PADA KECILNYA KESALAHAN, NAMUN PANDANGLAH SIAPA YANG ENGKAU DURHAKAI ITU”.

 

(Dosa-dosa besar telah dinyatakan azabnya dalam Al-Qur’an)

 

Dosa-dosa kecil adalah seperti api kecil yang bilamana ia tepercik pada kain, maka api kecil itu akan berubah menjadi api besar yang marak. Sesiapa yang meremehkan perkara sunat, maka ia berpotensi untuk meremehkan perkara wajib. Siapa yang meremehkan dosa kecil, maka ia berupaya untuk meremehkan doa besar.

 

3. Bersabarlah dalam menghadapi cubaan

 

Sabda RASULULLAH SAW kepada Aisyah r.a:

“ BERGEMBIRALAH WAHAI UMMU AL-ALLA’.SESUNGGUHNYA DENGAN SAKITNYA SEORANG MUSLIM,AKAN MENGHILANGKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA,SEPERTI API YANG MENGHILANGKAN KARAT EMAS DAN PERAK.”

 

Ganjaran orang yang bersabar tidak terhitung nilainya. Orang yang paling banyak menerima ujian adalah orang-orang yang tinggi kedudkannya disisi Allah. Paling berat menerima ujian adalah pada Nabi yang kemudian diikuti dengan oang-orang soleh.

 

Umar Al-Khattab pernah berkata, “Aku menjumpai kehidupan yang paling indah dengan kesabaran”.

 

Dari Anas bin Malik,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya ALLAH telah berfirman: Jika hambaku AKU uji dengannya pada kedua matanya,namun dia bersabar,maka aku akan menggantikannya dari keduanya itu dengan syurga.”

 

4. Berbekallah dengan taqwa dan berhiaslah dengna sifat lemah-lembut

 

Sabda RASULULLAH SAW kepada Aisyah r.a:

“ WAHAI AISYAH,BERTAKWALAH KAMU KEPADA ALLAH DAN BERPERANGAILAH DENGAN LEMAH LEMBUT,SESUNGGUHNYA KELEMAH LEMBUTAN ITU TIDAK LAIN ADALAH PERHIASAN DAN JANGAN SAMPAI DILEPASKAN SEDIKIT PUN,KERANA TIDAK LAIN AKAN MEMPERBURUK.”

 

Bersikap lemah-lembut termasuk dalam mengungkapkan pertuturan yang baik, kelakuan yang bersopan-santun selagi ia tidak menyalahi syariat.

 

Berkenaan taqwa, Imam Syafie berkata, “Aku tidak mengukur kebagiaan dengna terkumpulnya harta, melainkan taqwa itulah kebahagiaan”.

 

Maksud TAQWA ada 3:

         1. Takut dan segan kepada ALLAH TAALA.

         2. Taat ,selalu ingat,tidak lalai dan selalu bersyukur kepada ALLAH.

         3.Berjuang di jalan ALLAH dengan bersungguh-sungguh.

 

5. Jangan Tinggalkan Tempat Tidur

 

Dari Abu Hurairah r.a.,sabda RASULULLAH SAW :

“ BILA SEORANG ISTERI BERMALAM (TIDUR) MENINGGAIKAN TEMPAT TEMPAT TIDUR SUAMINYA MAKA PARA MALAKNATNYA SEHINGGA PAGI.  DALAM SUATU RIWAYAT,”SEHINGGA KEMBALI”.

Advertisements