SMS yang masuk ke telefon bimbit pada 13/10/08 (10.00 pm):

 

“Sejak semalam sampai arini, *** dah telan 20 biji ubat namanya epilim. *** nak buah pinggang rosak lalu cepat skt mati….”

 

Saya sebenarnya sayu membaca sms dari sahabat baik saya ini. Dahulu, saya akan menjadi panik apabila menerima sms-nya yang seperti ini. Tambahan pula, dia akan sms bertubi-tubi tentang cara ‘kematiannya’. Semuanya bermula lebih kurang 2 tahun lepas apabila dia mengalami suatu pengalaman yang menguja emosinya dengan sangat berat dalam tempoh yang agak lama.

 

Kasihan sungguh sahabat saya ini, hampir 2 tahun dia berkeadaan begini dan masih belum pulih lagi. Tadi dia diminta untuk berhenti kerja kerana majikannya berasa dia tidak bersedia untuk menanggung tekanan kerjanya sekarang. Saya memahami keputusan pengetuanya kerana kawan saya ni telah ambil cuti sakit selama dua minggu disebakan oleh emosinya yang sangat tidak stabil. Kasihan dia…sedikit tekanan pun dia tak mampu nak hadapi. Dia mengalami penyakit jiwa dan menurut doctor, ia adalah bipolar disorder.

 

————————————————————————————————————

Dari: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/bipolardisorder.html

Bipolar disorder is a serious mental illness. People who have it experience dramatic mood swings. They may go from overly energetic, “high” and/or irritable, to sad and hopeless, and then back again. They often have normal moods in between. The up feeling is called mania. The down feeling is depression.

Bipolar disorder can run in families. It usually starts in late adolescence or early adulthood. If you think you may have it, tell your health care provider. A medical checkup can rule out other illnesses that might cause your mood changes.

Untreated, bipolar disorder can result in damaged relationships, poor job or school performance, and even suicide. However, there are effective treatments: medicines and “talk therapy”. A combination usually works best.

National Institute of Mental Health

————————————————————————————————————

Dia adalah sahabat dekat pertama yang saya kenali mengalami penyakit seperti ini. Tidak lama selepas tu…saya mengenali beberapa sahabat lain yang juga terkena penyakit-penyakit jiwa seperti ni. Kebetulan mereka semua adalah sahabat-sahabat yang agak baik dengan saya dan kebetulan pada satu ketika, ketiga-tiga sahabat saya ini masuk dalam hospital yang sama pada masa yang sama! Alhamdulillah, kedua-dua sahabat saya ini semakin pulih. Cuma sahabat saya yang seorang ini masih tarik-tali dengan keadaannya kejap stabil dan kejap merundum emosinya.

 

Saya pada mulanya, tidak tahu bagaiman ingin menolong sababat saya ini. Saya cuba menaikkan semangat juangnya dengan segala apa cara yang saya tahu, Namun, ia kurang berpengaruh kepadanya dan dia seperti masih tidak berubah. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk ‘melayan’ nya dengan cara yang terbaik agar dia kembali termotivasi. Dia terlalu murung, sentiasa bersedih dan menangis. Dia rasa seperti dirinya tidak berguna dan ingin mati. Lama-kelaman saya menjadi sangat penat dengan perangainya dan mudah berasa marah kepadanya. Emosinya yang sangat negatif turut menarik saya menjadi tidak stabil. Kemudian, saya cuba jarakkan sedikit perhubungan kami kerana merasa diri saya terlalu diselubungi kemurungan. Saya menjadi sedih kerana tidak mampu menolongnya berubah.  Ketika itu, saya sangat tidak arif dengan penyakitnya. Pada masa itu, saya merasa seolah-olah dia yang terlalu degil untuk berubah.

 

Kemudian, saya menemaninya untuk berjumpa dengan akhawat yang merupakan pakar psychiatrist dan pakar psychologist. Mereka nasihatkan saya tentang bagaimana caranya saya sebagai kawannya boleh menolongnya. Saya kemudian mencari beberapa bacaan tambahan. Saya turut berbincang dengan akhawat lain yang juga sangat ingin menolong sahabat saya ini. Kami semua sangat sedih melihat keadaan sahabat saya yang semakin sulit hari demi hari.

 

Kawan saya ini dimasa sihatnya seorang yang suka merapatkan dirinya dengan orang lain. Perwatakkannya agak manja bila bersama akhawat. Dia sangat mudah menolong dan tidak begitu berkira-kira. Malah, dia adalah antara orang pertama yang saya akan hubungi jika saya perlukan pertolongan dalam keadaaan terdesak.  

 

Sudah tentu, saya dan akhawat lain berasa sedikit ‘kehilangan’ bila dia menjadi begitu. Namun, saya yakini…ujian yang menimpanya itu pasti ada kebaikkan khususnya untuk dirinya sendiri bila akhirnya dia dapat mengharunginya dengan sukses. InsyaAllah, dia akan pulih semangatnya suatu masa nanti. Moga Allah mudahkan laluannya untuk sembuh.

 

Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):

 

“Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi, kemudian yang paling baik selepasnya. Manusia diuji menurut tingkat ketaatnnya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya maka diuji Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa” (HR Tarmizi)

 

 

 

Advertisements