Emel dari Ila:

Salam Min…

Kita rasa tak boleh nak buat keje satu hari ni min…kita ada 2 task kena submit sebelum 30 hb ni. Tapi kita tak boleh nak fikir…kita asyik teringat kat min..kita dapat rasakan perasaan yang min hadapi..kita hadapi sama2 ya min. janganlah min rasakan diri min berseorangan. Walaupun kita jauh, tapi kita insyaAllah akan tetap dekat dgn min.

Min, kita rasa sukar sgt nak percaya apa yg min tulis nih…min, kalau kita call min malam ni…min tak perlu laa crita perkara yg min rs tak nak crita..

Sememangnya kita amat teramat sedih dgr berita ini. dan kita masih tak percaya. Tetapi satu je untuk menguatkan kita, bahwa Allah Maha Penyayang, dan Maha Adil. Kita berdoa agar kita semua dan min, sukses dalam melalui segala ujianNya.

min, Allah With U…and I’m always with u. take care my dearest ukhti

Reply kepada Ila :

Min rasa syukur sangat pada Allah sebab hadiahkan min kawan2x macam ila, kak gee, feza dana akhawat lain. Ila adalah hadiah kebahagiaan bagi min. Banyak sikap dan fikiran ila menyerap dalam fikiran min dan banyak juga kata-kata yang sentiasa buat min berfikir dan ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah, ila, kak gee dan feza semua ada ujian yang Allah beri teristimewa di-design utk tarbiyyah antum dan ada yang ujian tu min tahu, Melihat cara Ila, kak gee dan dan feza menangani ujian tu, menyebabkan min pun ingin contohi dan ingin melalui jalan Allah. Ila, min selalu cakap perkara ni bukan, Tapi perasaan syukur dikurniakan nikmat kawan yang baik tu sentiasa berterusan dan di’refresh dari masa ke masa oleh kehangatan ukhuwwah antum…alhamdulillah”

Itu emel suatu ketika dulu. Membaca emel teman saya, hati saya menjadi berkaca-kaca…tersentuh dengan kedalaman kasih sayangnya. Sukar untuk saya menahan air mata agar tak tumpah dari kelopak mata membaca emel ukhti yang sangat dekat di hati. Kata-kata penyejuk hati dari teman-teman sebenarnya memberi saya suntikan kuat untuk tetap sabar dalam menempuh ujian yang ada kalanya dirasakan lebih berat daripada biasa. Namun, seberat manapun…saya mahu berusaha menempuh ujian itu dengan sukses. Seringkali kita tidak mengerti apa yang Allah inginkan dalam hidup kita, tapi pastinya apa yang Dia izinkan berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik

Bagi teman-teman saya, jazakumullahukhair kathiira. Moga ukhuwwah yang mentautkan hati-hati kita membawa kita bertemu kembali di Jannah. Amin ya Allah. Buat semua teman-teman saya,

“No one can take the place that I’ve reserved for antum in my heart. Each one of you uhkti’s has your own special uniqueness that will always be remembered. Ana uhibukki fillah”

Benar, saya rasa amat bertuah kerana dikurniakan nikmat ukhuwwah fillah….alhamdulillah, Allah kurniakan saya teman-teman yang soleh.

 Sabda Nabi s.a.w.: “Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri.” (Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)

Ada yang keliru dengan perbezaan antara ‘persahabatan’ dan ‘ukhuwwah’. Kedua-duanya ada persamaan iaitu jalinan perhubungan antara sekurang-kurangnya dua insan. Namun, harus kita sedari bahawa perbezaannya sangat signifikan. Ukhuwwah adalah peringkat perhubungan persaudaraan yang mentautkan hati-hati insan yang berhubung atas iman dan taqwa.

Hakikatnya, Ukhuwwah bukanlah sesuatu yang manusia boleh adakan, tapi ia adalah sesuautu yang cuma boleh diusahakan. Ukhuwwah adalah kurniaan nikmat dari ilahiyah

“Seandainya engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya, tidaklah bisa engkau perstukan hati mereka, tapi Allah-lah yang mempersatukan antara mereka…” (Al-Anfal: 63)

Hasil dari ukhuwwah, maka lahirnya perasaan kasih-sayang, mudah memaafkan dan itsar (megutamakan sahabat lain lebih daripada diri sendiri). Tanpa iman dan taqwa, tiada ukhuwwah. Ukhuwwah cuma dikurniakan pada hamba yang ikhlas. Begitu suci dan mulia kedudukannya hingga ikatan ukhuwwah boleh ditarik balik sekiranya syarat iman dan taqwa tidak dipenuhi. Maksudnya ianya ditarik balik kerana virus ukhuwwah telah menyerang jiwa yang telah tercemar dengan sifat mazmumah.

Perhubungan tanpa iman adalah persahabatan hanya kerana ingin mengambil manfaat daripada kawan iaitu harta, pangkat, darjat populariti dan sebagainya.

Perhubungan tanpa taqwa: melahirkan perasaan hasad, dengki, cemburu, benci pada satu perhubungan. Maka, ketika suatu persahabatan telah diangkat menjadi ukhuwwah, ia harus dipelihara dan dibajai agar virus ukhuwwah tidak mencemarinya.

Mungkin ada yang berfikir, “apa yang ada dengan ukhuwwah hingga ia sangat perlu dijagai?”

Harus kita sedari bahawa hukum Allah telah mentakdirkan bahawa seorang muslim tidak akan melalui jalan yang aman dan damai. Demi mentarbiyyah jiwa dan mengangkat iman hambaNya, dia akan melalui jalan yang penuh onak dan duri, berlecak dan berlumpur. Bahkan, syaitan dan manusia berjiwa jahat sentiasa menunggu-nunggu untuk menyesatkannya dan menggelapkan hatinya. Maka ia memerlukan bekalan sahabat yang soleh untuk memimpin tangannya, memberinya panduan dan menariknya ke jalan keluar. Normal bagi seorang muslim dalam satu waktu hidupnya mengalami saat-saat yang lesu, lalai dan letih…maka pada waktu itu, teman soleh itu yang akan mengejutkannya dari dunia yang lalai dan lemah lalu menariknya semula ke jalan menuju Allah.

Teman yang soleh itu umpama tukang penjual minyak wangi. Seorang penjual minyak wangi memasuki suatu majlis, dan ia tidak pula sempat memberi apa-apa pun kepada sesiapa. Namun bau minyak wangi yang ada padanya mampu memberi keharuman kepada orang yang berada berdekatan dengannya. Begitu juga dengan seorang teman yang buruk, akhlaknya boleh diumpakan sebagai seorang tukang besi. Walapun si tukang besi tidak pun melakukan apa-apa kepada orang disekelilingnya, tapi kerja-kerja megimpal tukang besi itu telah pun dapat memberi asap yang memedihkan mata orang yang ditepinya.

Manfaat berkawan dengan orang soleh:

1) Melipatgandakan kekuatan/kelebihan seseorang

Seorang sahabat yang baik pasti akan memberikan beberapa percent sifat baiknya kepada temannya. Contohnya, kawannya seorang yang sangat pemurah dan sangat optimis. Dia mungkin tidak akan mendapat 100% sifat pemurah dan optimis kawannya, tetapi dia akan mendapat mungkin sekurang-kurangnya 50% sifat2x itu. Selain itu, perkongsian idea dari sahabat yang baik sentiasa membantu kita beroleh ilham dalam proses untuk mendapatkan suatu kejayaan

2) Meringankan kepenatan dan kesusahan apabila ditimpa musibah

Sabahat yang soleh sentiasa hatinya ingin membantu. Bahkan ia merasa dukacita apabila tiada kemampuan untuk membantu. Sahabat yang soleh akan sentiasa mendoakan temannya dan doa seorang sahabat kepada temannya tanpa pengetahuan temannya itu diangkat sebagai doa yang mustajab oleh Allah. Seorang muslim yang berjalan diatas jalan dakwah tidak berjalan dengan hatinya sendiri tetapi ia berjalan bersama hati-hati sahabatnya

3) Terpancar sinar di wajah

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Sungguh di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan Syuhada, tetapi para Nabi dan Syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya di sisi Allah. ‘Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah, tolong beri tahu kami siapa mereka?’ Rasulullah s.a.w menjawab, Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan dengan sanak kerabat di antara mereka serta tak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala orang lain berduka cita’.” (HR Abu Dawud)

4) Terampun dosa-dosa

 “Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya seorang Muslim apabila bertemu saudaranya yang Muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan), gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon kering ketika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di lautan’.” (HR Thabrani)

 5) Berada di naungan arsy pada hati kiamat

“Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Sesungguhnya Allah swt pada hari Kiamat berfirman, ‘Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini aku akan menaungi mereka dengan naungan-Ku, di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku’.” (HR Muslim)

 6) Berada dalam naungan Mahabbah Ilahiyah, Syurga Allah dan keredhaanNya

 Dalam hadith Qudsi, Rasulullah saw bersabda, “ Allah berfirman, Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, saling mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku’.” Abu Hurairah r.a. berkata “Rasulullah saw bersabda, ‘Bahwa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus Malaikat untuk mengikutinya. Tatkala Malaikat menemuinya, dan berkata, ‘Kau mau ke mana?’ Ia menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat terus bertanya, ‘Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu?’ Dia menjawab, ‘Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah swt. ‘Malaikat berkata,’Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, bahwa Allah mencintaimu”

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipanggil oleh Allah.” ‘Berbahagialah langkahmu, dan Aku telah menyediakan tempat tinggalmu di dalam syurga.’” (HR Tirmidzi)

7) Merasakan Manisnya Iman

 Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara yang barangsiapa yang memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu cinta kepada Allah dan RasulNya melebihi cinta selain keduaNya, cinta pada seseorang kerana Allah, dan benci kepada kefakiran sebagaimana ia tidak mau dicampakkan ke dalam api.’” (HR Bukhari & Muslim)

Cara mempereratkan ukhuwwah:

· Memberitahukan rasa kecintaan anda kepada orang yang anda cintai

· Mohon didoakan dari jauh saat berpisah

· Tunjukkan kegembiraaan dan senyuman bila berjumpa saudara

· Berjabat tangan

· Sering mengunjungi saudaranya

· Mengucapkan selamat berkenaan dengan saat keberhasilan

· Memberikan hadiah

· Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya

· Memenuhi hak ukhuwwah saudaranya

Rujukan

Ukhuwwah Islamiyyah: Abdullah Nasih Ulwan

Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah: Mustafa Masyhur

Advertisements