Fikiran saya asyik berputar-putar ke sana. Saya ingin sangat pergi ke situ, ke bahagian bumi yang diberkahi dan dilindungi Allah. Bumi yang menjadi tempat kecintaan RasulMu. Hati saya ingin berasa disitu dengan segera. Sudah berbulan-bulan saya menghitung waktu. Dari bulan ke minggu dan dari minggu kepada hari. Sekarang, sudah tinggal 6 hari saja lagi insyaAllah sebelum saya dijadualkan bertolak untuk menunaikan umrah.

Ya Allah Yang Maha Penyayang, terimalah aku, Ila, Qama dan Saad sebagai tetamuMu. Kami ingin sangat pergi kesana Ya Allah. Kami cuma mampu berusaha tapi Engkau yang mementukan jadinya. Terimalah kami yang lemah ini Ya Allah.

Saya sudah tak ingat sejak bila saya berimpian untuk sampai ke sana. Saya ingin sangat pergi. Ingin benar-benar pergi. Walaupun ada sedikit beberapa perkara yang mengusut fikiran, tapi alhamdulillah….besarnya perasaan bahagia untuk kesana menampung gangguan-gangguan yang kusut itu. Saya rasa seakan-akan ringan memikirkan perjalanan yang bakal ditempuh insyaAllah.

Tentunya, perasaan ini dirasai juga oleh kawan-kawan yang bersama-sama dalam ibadah ini. Moga antum dapat membuat persediaan terbaik untuk ke sana dan semoga segala tanggungjawab yang akan ditinggalkan dapat disempurnakan dengan baik. Moga Qama sempat menyiapkan tesis dengan sempurna. Moga Ila dapat bertenang dengan cabaran kerja di Miri. Moga Saad tetap bertenaga walaupun berhari-hari kerja lebih masa.

Dikesempatan ini, saya ingin mohon maaf kepada semua diatas segala kesilapan. Mohon dimaafi. Sekiranya ada hak yang terambil/diambil, moga dapat dihalalkan. Jika ada yang perlu dituntut, dipersilakan untuk menyatakannya.

Moga antum dapat mendoakan kami agar dapat menjalani umrah dengan paling baik dan agar perjalanan kami pergi dan pulang dalam keadaan selamat.

Advertisements