Mak Long selalu tersenyum. Antara semua makcik ‘cleaner’, saya melihat Mak Long yang paling banyak terseyum. Wajahnya yang bersahaja pun seperti sudah cukup membuatnya mukanya kelihatan ‘senyum’. Mak Long lebih tua daripada ibu saya yang sudah masuk umur 50-an…tapi Mak Long masih terpaksa bekerja berat demi menampung keperluan perbelanjaan keluarga.

Mak Long ditugaskan untuk membersihkan kawasan paras 2, iaitu paras tempat saya bekerja. Selalu saya bau minyak angin dalam toilet apabila Mak long menyapunya pada kulit sendinya yang terasa sengal. Tapi dia masih tetap tersenyum dan masih suka berborak-borak dengan saya. Kami selalu bersapa di kawasan rehatnya. Kesian Mak long, tempat rehatnya adalah di sekitar kawasan bilik air…alhamdulillah, bilik air ofis kami agak besar dan ada satu ruangan locker yang memisahkan bilik air dan kawasan ofis. Disitula mak long berehat…duduk di atas baldi yang diterbalikkan sambil mengusap kakinya yang sakit. Kadang-kadang, dia terpaksa makan di dalam bilik air kerana tidak sempat makan di rumah. Terasa luruh hati melihatnya. Usia mak long yang sudah lanjut sepatutnya dihabiskan berehat di rumah.

Satu hari, saya melihat Mak Long mengais-ngais sampah dalam bilik air. Baru saya tahu, sampah yang Mak long kumpul dari setiap bakul sampah kami di ofis terpaksa di keluarkan semula bagi mengasingkan kertas, plastic, dan sampah-sampah lain untuk dikitar semula. Saya tak sanggup melihat keadaan itu….tapi mak long tetap tetap tersenyum.

Selama satu minggu saya tidak nampak Mak Long. Rupa-rupanya Mak Long berhenti kerja kerana tidak tahan dimarahi oleh majikannya. Semoga Allah melembutkan hati majikannya yang selalu membuli perkerjanya. Bukan Mak Long sahaja yang berhenti, telah ramai orang yang berhenti sebelum Mak Long dan telah beberapa orang berhenti setelah Mak Long berhenti kerana tidak tahan dengan sikap majikannya itu. Kasihan Mak Long…dia terpaksa berhenti kerana tidak tahan dihina dan dimarahi majikkannya yang jauh lebih muda usia daripadanya. Moga kita sama-sama mengambil pelajaran dengan memuliakan orang-orang yang tua terutama ib uabah yang kasih saying mereka tidak pernah kurang walaupun kita sudah kuat dan berkemampuan untuk menjaga diri sendiri

________________________________________________________________________

Dr Raghib As-Sirjani dalam bukunya “Inilah Rasul Sang Penyayang” membicarakan sifat Rasulullah SAW yang sangat kasih dan sayang pada orang-orang tua:

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Sesungguhnya di antara cara memuliakan Allah adalah dengan menghormati orang muslim yang sudah tua, dengan menghormati ahli Al-Qur’an tanpa berlebihan dan tanpa menghinanya, serta dengan menghormati penguasa yang adil” (Hadith riwayat Abu Dawud)

Dalam kalimat yang lembut ini, Rasulullah SAW ingin menegaskan kemuliaan orang tua di kalangan kaum muslimin sampai didahulukan daripada ahli Al-Qur’an dan pemimpin yang adil, dimana kemuliaan mereka begitu besar.

Walapun orang-orang tua sudah ada pengalaman, pelajaran, kebijaksanaan yang lebih dan sudah kukuh status serta kewangannya, orang-orang tua masih tetap memiliki kekurangan. Kelemahan itu jelas nampak pada kesihan dan tubuhnhya.

“ Kemudian Kami jadikan setelah masa kuat itu masa lemah (kembali) dan beruban..” (Ar-Rum: 54)

Suatu hari ada seorang tua datang kepada Rasulullah SAW. Orang-orang pada waktu itu tidak bersegera memberi jalan kepadanya. Dengan penuh kelembutan dan kasih sayang Rasulullah SAW menyatakan:

“Tidak termasuk bahagian daripada kami orang yang tidak menyintai anak kecil dan tidak menghormati orang tua”, (Hadith riawayat Bukhari)

Beliau ingin menyatakan bahawa siapa yang tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua, ia tidak termasuk bahagian kaum muslimim; Ia tidak bersifat seperti sifat kami, tidak beramal seperti amalam kami, dna tidak berakhlak dengan akhlak kami. Saya kira tidak ada hukum dan undang-undang lain di dunia ini—selain Islam—yang memasukkan penghormatan kepada orang tua sebagai salah satu poin penting.

Nabi sendiri telah menggambarkan hal ini dalam kehidupannya.

Ketika Fathu Makkah, Abu Bakar datang dengan bapaknya, Abu Quhafah, yang saat itu telah berusia lanjut untuk masuk Islam di hadapan Rasulullah SAW di Baitul Haram. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar:

“Mengapa engkau tidak membiarkan orang tua ini di rumahnya biar saya mendatanganinya.” (Hadith riwayat Ahmad)

Inilah dia Sang Jeneral penakluk kota Mekah. Sementara Abu Quhafah adalah seorang tua yang terlambat masuk Islam sampai dua puluh tahun. Meskipun begitu, Rasulullah tetap menghormatinya dan memandang bahawa beliaulah yang seharusnya datang ke rumah orang tua ini.

Demikianlah orang tua dalam pandangan Rasulullah. Beliau bahkan menolak memnajgkan solat berjemaah (walapun besar kecintaan Rasulullah terhadapat solat jemaah) kerana dapat menyusahkan orang tua dan orang-orang yang mempunyai keperluan. Ini menunjukkan pandangan beliau yang menyeluruh dalam permalasahan kasih sayang. Hal ini menunjukkan keluasan wawasan dan pemahaman beliau terhadap hakikat Islam; bahawa Islam sesungguhnya datang untuk menebar kasih sayang dan bukan untuk menyiksa dan menyusahkan.

Semua ini kita saksikan dari salah satu sikap beliau yang mulia ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Mas’ud. Dalam riwayat tersebut disebutkan bahawa seorang laki-laki mendatangi Rasulullah sambil berkata,” Wahai Rasulullah saya selalu berlambat-lambat solat Subuh kerasa si fulan yang suka memanjangkan solatnya (ketika ia menjadi imam).” Saya tidak pernah melihat Rasulullah begitu keras dalam memberi peringatan lebih dari hari itu. Beliau bersabda:

“Sungguh di antara kalian ada yang menjadi penyebab oang-orang lari (dari solat jemaah). Siapa saja diantara kalian yang menjadi imam, hendaklah ia memendekkannnya. Kerana di antara para makmum ada yang lemah, ada yang tua, dan ada yang memiliki keperluan” (Hadith Riwayat Bukhari)

Betapa agungnya sikap ini!

Apabila kasih sayang beliau kepada orang tua yang telah berusia lanjut sedemikian besar, tentu terhadap ibu bapanya lebih besasr lagi. Dibeberapa negara, khususnya di kalangan orang-orang kota, banyak orang tua yang tidak mendapat perlindungan dan pemeliharaan dari anak-anaknya saat usia mereka telah lanjut dan kesihatan mereka mulai melemah.

Rasulullah tidak memerintahkan demikian!!!

Seorang lelaki mendatangani Rasulullah SAW lalu bertanya,

“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku muliakan?” Beliau menjawab, “Ibumu.” Ia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ibumu”. Ia bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Ibumu”. Ia bertanya lagi “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Bapamu”. (Hadith riwayat Bukhari)

Orang yang paling pantas untuk dihormati bukanlah seorang kawan, penguasa, atau pengusaha perusahaan. Yang paling pantas dimuliakan adalah ibu dan bapa. Nabi mendahulukan ibu tiga kali kerana kelemahannya dan keperluannya terhadap perhatian dia masa tuanya.

Inilah bentuk kasih saying Rasulullah kepada ibu dan bapa. Silakan seluruh orang membandingkan kasih sayang ini dengan apa yang terjadi di seluruh dunia!

Di lain kesempatan, Rasulullah menyampaikan hal yang sangat menyentuh hati. Ada seorang lelaki yang mendatangi Rasulullah SAW sambil berkata,” Saya datang berbai’at kepadamu untuk melaksanakan hijrah. Saya telah meninggalkan kedua orang tua saya dalam keadaan menangis.” Rasulullah menjawab:

“Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan buatlah mereka tertawa sebagiamana kamu telah membuatk ereka menangis.” (Hadith riwayat Abu Dawud)

Alangkah tingginya kasih sayang Rasulullah SAW terhadap orang yang berusia lanjut dari umatnya dan bagiamana kewajiban seorang anak terhadap kedua orang tuanya.

Advertisements