*(entry yang ditulis pada Januari, maaf jika ada cerita tergantung. Diri penulis tidak sempat mengeditnya, tetapi perasaan ingin mem’publish’ dah lama sangat disimpan. Moga bermanfaat)

 

HIJRAH MENUNTUT PERUBAHAN…

 

(Bahagian 1)

 

Alhamdulillah, saya berkesempatan mendengar ceramah Ustaz Hasrizal a.k.a. Ust Saiful Islam ( www.saifulislam.com) di sebuah masjid di kem tentera di Wangsa Maju. Sebenarnya kawan saya yang beritahu tentang ceramah ini, kerana ini adalah untuk majlis sambutan Maal Hijrah untuk warga tentera, dan saya cukup teruja sangat untuk pergi.  Kali terakhir saya berkesempatan untuk hadir ialah di salah sebuah surau di Wangsa Maju juga, kira-kira 2 tahun lepas.

 

Mengenali Ustaz Saiful Islam, sememangnya Ustaz ini sering menyampaikan isi pengisian yang berlainan, setiap kali ceramahnya. Banyak sangat ideanya, walaupun untuk perkara yang sama dan sangat-sangat tipikal seperti Maal Hijrah ini….

 

Ustaz memulakan penyampaian dengan menyatakan syukur dan mengajak jemaah sama-sama bersyukur kerana beradanya kami di situ adalah di atas pilihan Allah…Alhamdulillah..dan ustaz me’lawak’ jikalau nak tidur pun, silakan…dan beliau selitkan kisah seorang pemuda di US, yang menghidap insomnia…dan suatu hari dia melalui masjid. Di situ dia nampak ramai orang-orang di belakang tertidur dengan lena sementara imam sedang berucap. Dia rasa hairan, camana lah orang2 ni boleh tertidur dalam keadaan duduk dan tak selesa macam tu…so dia yang susah tidur ni pon joinlah.agaknya ceramah Imam itu tersangatlah boring, hihihi…dan dia yang sakit insomnia ini pun akhirnya terlena jugak. Rentetan dari peristiwa itu, dia mula belajar tentang Islam dan akhirnya memeluk Islam. Subhanallah!

 

Di sini sedikit catatan yang sempat dicatit ketika ceramah:

 

Peristiwa Hijrah

 

Surah ? ayat 5 ( tak sempat, sila beritahu jika tahu) yang lebih kurang maksudnya,

 

“ peringatkan manusia tentang hari-hari Allah SWT kerana di situ terdapatnya pengajaran dan teladan”

 

Dan apakah hari-hari Allah itu? Iaitu hari-hari di mana terdapat peristiwa besar dan penting, yang tercatit dalam Al-Quran dan seerah. Termasuklah ia peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan kaum muslimin Mekah ke Madinah yang sangat banyak pengajaran dan ibrah yang boleh di ambil.

 

Beliau tidak mahu menghurai panjang peristiwa hijrah ini, kerana kita semua sedia maklum apa yang terkandung dalam peristiwa tersebut…cukuplah sekadar tujuan hijrah itu kerana Mekah ketika itu tidak memberi peluang untuk ISLAM berkembang, maka umat Islam berhijrah kerana ingin mengembangkan Islam dan menegakkan syariat Allah di muka bumi. Di sini ditekankan bahawa untuk berkembang dan berjaya, memerlukan perubahan ataupun HIJRAH!

 

Pada 17H semasa pemerintahan khalifah Umar al-khattab, beliau mengambil keputusan untuk men’standardised’ tahun bagi Umat Islam dengan membuat calendar Tahun Islam.. Dan mereka mengambil keputusan mengambil hijrah sebagai titik mula tahun Hijrah Islam yang diguna sehingga sekarang. Dalam peristiwa menentukan titik mula tahun, ada sahabat yang mencadangkan tahun kelahiran Rasulullah SAW seperti orang Kristian dengan tahun Masihi mengikut tarikh kelahiran Nabi Isa A.S. Tetapi dalam Islam, kelahiran tidaklah mempunyai makna yang besar berbanding dengan peristiwa besar yang agung seperti Hijrah itu.

Maka di sini Hijrah dipilih!

 

Hijrah yang terkandung seribu satu makna, dari bermulanya niat sehingga ke pembetukan Negara ISLAM pertama di muka bumi!

 

Sambungan Bahagian 2

 

Dalam menuju perubahan, biasanya kita akan bertumpu pada 3 elemen untuk diubah seperti berikut:

 

1)      matlamat

2)      manusia

3)      misi

 

dalam ketiga-tiga perkara tersebut, elemen yang paling berharga, terpenting, dan menjadi faktor penentu perubahan yang positif ialah MANUSIA! Iaitu saya, awak dan kita semua yang perlu berubah. SIKAP kita yang perlu berubah ke  arah positif.

 

Namun demikian, acapkali kita mendengar sesebuah syarikat me’revised’ misi dan visi, slogan dan moto syarikat mereka. Mereka sebenarnya tidak lain hanyalah mengubah perkataan-perkataan yang ditampal di dinding-dinding pejabat mereka…tetapi manusia yang kita kata penting tadi sebagai agen pengubah, langsung dilupakan.

 

Masalah umat Islam hari ini bukanlah kekurangan teknologi, tetapi akar kepada masalah kekurangan teknologi ini iaitu manusia itu sendiri atau SIKAP Umat Islam itu sendiri.

 

Jika ditanya, apakah faktor menyebabkan kita tertarik kepada seseorang…adakah kerana ilmunya, kemahirannya, sikapnya atau matlamatnya? Mungkin kita akan menjawab kesemuanya, tetapi jauh di sudut hati…kebiasaan manusia akan tertarik kepada seseorang kerana SIKAP seseorang itu sendiri. Sikap yang mencerminkan akhlak yang baik, sikap yang menyampaikan ilmu dengan baik, sikap yang mengajar kemahiran dengan baik dan sikap yang mendorong mencapai matlamat dengan baik…

 

Tapi SIKAP memang satu perkara yang amat sukar diubah…contoh paling banyak ialah, jika seorang anak meninggal dunia, wartawan akan segera mendapatkan ibunya dan bertanya, “ada tak makcik nampak perubahan pada sikapnya?” dan makcik tersebut akan menjawab “ Ya ada, tetiba je dia rajin solat kat masjid, jadi anak yang rajin etc..” orang ramai akan berkata “ ooo…itu  tanda –tanda laa tu” atau kata-kata yang biasa kita terdengar bila nampak seseorang itu tiba tiba jadi baik ialah “ eh dia tu dah buang tebiat ke?”

 

Jelas menunjukkan bahawa perubahan ke arah kebaikan amat sukar, selain faktor diri sendiri yang liat melakukan perubahan…dan kalau dah berubah, faktor keliling pula yang menyebabkan kita jadi malu dan takut untuk berubah.

 

Tetapi ingatlah wahai kawan-kawan sekalian,

 

“ orang yang paling berguna ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain”

 

“ …..Allah tidak akan mengubah keadaan(nasib) suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri……..” (Ar-Ra’d:11)

 

Permulaan pada perubahan memang sangat berat dan memerlukan kekuatan. Seperti kata Prof Ali dalam pengisian di Bangi yang saya hadiri 3 tahun lepas, nak berubah ni macam kapal terbang nak berlepas. Kena hidupkan semua enjin untuk mendapat kelajuan maksimum. Bila dah terbang, makin lama makin tinggi, satu persatu enjin dimatikan. Dan kemudian bila penerbangan sudah stabil mendatar di awan biru, hanya satu enjin dibiarkan hidup ( eh saya terlupa berapa enjin kesemuanya) . But the gist is to do it effortlessly and wholeheartedly.

 

Ayuh kawan-kawan, mari kita berHijrah!!!

 

 

 

 

Advertisements