19 Jan 2009

 

Malam ni, saya tidur dengan perasaan yang bahagia. Tidak sabar rasanya menunggu hari selasa untuk berjumpa dengan adik-adik di sebuah rumah anak yatim. Saya bersama Welma mengadakan kelas tuition di sana. Walaupun hari ini Welma penat belajar seharian di Penang dan kemudian terus pandu balik petang itu ke Kulim untuk mengajar anak-anak yatim ini, saya pasti dia menjumpai ‘kebahagiaan’ dalam kelelahan itu. Niat kami untuk berkhidmat disini demi untuk memenuhi misi kami meyebarluaskan lagi dakwah terutamanya kepada mereka yang kekurangan. 

 

 

Ini pengalaman pertama saya mengajar adik-adik yang masih dalam alam persekolahan selain daripada adik-adik saya sendiri. Saya berasa seronok bila berjumpa mereka dan merasa terhibur dengan kerenah mereka. Hari ini adalah kali ke-2 kami mengajar disana. Kelas pertama kami adalah subjek matematik dan mereka kelihatan bersungguh-sunnguh mahu belajar. Namun, respon adik-adik tu dalam kelas yang kedua ini agak berbeza dari kelas pertama temph hari. Hari ini, kami memberikan pada mereka latihan sains untuk dijawab.  Memandangkan soalan dalam bahasa Inggeris, mereka rata-ratanya mengalami masalah untuk memahami soalan kerana kurang mahir dalam bahasa ini. Riuh kelas dengan pelajar angkat sangat sana-sini tanpa henti untuk bertanya. Ada pula pelajar yang sibuk jalan ke depan  dan kemudian ke belakang untuk merujuk pada kawan-kawan mereka. Saya dan Welma hampir hilang kawalan. Suara saya telah menjadi serak Tumpuan yang berat perlu diberikan pada setiap pelajar bagi menterjemah setiap soalan satu-persatu. Saya pun menjadi semakin pening kerana mereka bertnaya tanpa henti. Akhirnya…kami senyum sesama sendiri. Kami harus memperbaiki metod pembelajaran.

 

Ada seorang anak murid tanya saya, “akak, apa makna soalan nombor 1?” Saya pun menterjemah, ” maknanya, apakah …..”. Belum sempat saya pergi ke murid didepannya yang sudah melambai-lambai tangannya, dia cepat-cepat tanya lagi “ soalan nombor 2….dan ini berlarutan sehingga ke soalan ke-5. Bukan dia sahaja sukar memahami soalan, hampir semua dik-adik itu mengalami masalah yang sama.

 

Akhirnya, saya beritau dia, “cuba kamu bincang dengan kawan di depan kamu”. Dengan bersungguh-suunggh dia menerangkan pada saya., “diorang pun tanya saya. Saya boleh jawab kalau bahasa Melayu tapi kalau bahasa Inggeris saya tak faham langusng. Saya pandai tapi saya tak boleh jawab untuk soalan bahasa inggeris”..

 

 

Jika dilihat dari pandangan mata kasar, kemungkinan ada yang beranggapan anak-anak yatim ini memerlukan kehadiran kami disana bagi membantu perkembangan pendidikan mereka. Namun secara peribadi, saya memerlukan mereka lebih lagi untuk mengingatkan saya tentang tujuan diciptakan di muka bumi ini. Mereka menyebabkan saya bersyukur kerana memiliki apa yang mereka telah hilang dan memiliki apa yang mereka belum miliki…

 

Adik-adik ini semua nampak sangat berminat untuk belajar. Kalau boleh, mereka mahukan kelas yang kami mulakan pukul 8p.m. habis tamat pukul 12pm.. Saya jadi bersemangat untuk mengajar mereka apabila melihat mereka bersemangat. Keletihan saya setelah seharian di kilang dengan sekelip-mata menjadi hilang. Adik-adik ini menjadi penyejuk hati =)

 

Teringat saya pada seorang budak pintar bernama Lintang di dalam kisah nyata yang dibukukan sebagai “Laskar Pelangi”. Dia sanggup pergi ke sekolah berkayuh sejauh 40 km merentasi hutan, sungai, hujan yang disertai petir dengan selipar yang ternganga seperti buaya Lintang sampai sekolah paling awal dari semua orang. Pulang dari sekolah, dia harus  bekerja bagi membantu bapanya dan kemudian hanya pada lewat malam, dia kelapangan memulakan ulangkajinya. Walaupun penat, tapi dia belajar dengan penuh cinta dan semangat. Letihnya dilang kerana begitu seronok mendalami ilmu. Satu hari dalam perjalanan ia pergi sekolah, Lintang bertemu dengan seekor bvuaya. Ini bukan kali pertama dia terserempak buaya ketika pergi ke sekolah, tapi kali ini buaya itu benar rapat 15m denganyya dan dia berada dalam keadaan bahaya jika dia tetap terus ke depan. Namun Lintang tetap tidak mahu patah balik ke belakang kerana hampir separuh perjalannya ia lalui. Bahkan, ia sangat ingin mempelajari pelajaran kisah Byzantium dari guru nya pada hari itu. Akhinya, ada oramg kampunygnya lalu dan meyelamatkannya dari buaya dan dia pun terus meaju ke sekolah.

 

Ketika gurunya ingin menangguhkan kisah Byzantium itu dilain waktu, ia menjawab dengna pantas,

 

“Tak mau Ibunda, pagi ini ketika berangkat sekolah, aku hampir diterkam buaya, maka aku tak punya waktu menunngu, jelaskan disini, sekarang juga.”

 

Lintang adalah pelajar yang sangat miskin. Anak sulung dari berbelas adik-beradik. Ia anak pertama yang pergi ke sekolah dalam keluarnganya kerana ayahanya mahu anaknya mencari pekerjaan lebih baik dari nelayan. Lintang sangat suka belajar…dan kerana itu, dia sanggup meredah jauh untuk kesekolah, bertolak awal pagi dan sampai rumah di malam hari.

 

Kisah ini benar-benar berlaku dan saya jadi kagum membaca cerita semangat anak kecil ini. Saya melihat adik-adik di depan saya dan saya lihat ada serpihan kesunggguhan ‘Lintang’ pada semangat mereka.

Advertisements