Syereen Abu Tob, dalam esak berkata;
4 orang saudara lelaki saya syahid. Apabila besar nanti, saya bertekad utk mengebom mereka sebagaimana mereka mengebom kami!

Anas, 10 thn,
Saya tidak takut pada yahudi. Cukuplah Allah sbg pelindung…

Itulah sekitar luahan rasa kanak-kanak Palestin!
Saya sedang menonton TV3 ketika ini, hati ini benar-benar terusik dengan luahan rasa 2 orang kanak-kanak kecil, yang cukup berani dan cukup bersemangat, walaupun ketika ini mereka sedang berhadapan dengan kematian dan peperangan yang paling tidak berperikemanusiaan…

Dengarlah dunia, mereka ini tidak bersalah…tidak cukupkah lagi penipuan dan kekejaman zionis yang masih tidak membuka mata pemimpin-pemimpin Islam seakidah (sesetengahnya). Adakah hati mereka benar-benar mati, tidak takutkah mereka atas azab Allah yang Maha Pedih…tatkala negara dan rakyat sendiri di bom dan dibunuh kejam, pemimpin Fatah yang telah tiada kuasa di bumi Palestin itu masih sibuk meraih untung dengan bersengkongkol dengan Zionis..tidak takutkah mereka pada Allah Yang Maha Berkuasa??!!

Ingatlah wahai ummat, Rasulullah SAW telah bersabda:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”

Kemenangan pasti milik rakyat Palestin! Kata-kata Rasulullah SAW tidak akan sekali-kali salah. Semuanya pasti benar…

Saksikanlah wahai dunia,Allah pasti mendatangkan keputusanNya!

Advertisements