Isu yang semakin membahang hati umat Islam di serata dunia adalah serangan pihak  Zionis ke atas umat Islam di Palestin! Sepatutnya tidak ada hati yang tidak panas apabila melihat penyerangan zalim Zionis sekalipun dia bukan seorang muslim kerana ia serangan diluar kemanusiaan. Terbukti siapa sebenarnya teroris dunia pada masa ini, namun masih ada lagi yang dibutakan dan dikelirukan oleh media massa paksi Zionis yang cuba meletakkan puak ini di pihak yang bertindak atas landasan kebenaran. 

 

Sebenarrya, ramai orang yang kurang sedar tentang penting bersama menyertai perjuangan ini. Kita harus sedar dan sabar bahawa proses mencapai kemenangan tidak selalunya dicapai dalam tempoh yang sekejap dan mudah.

 

Saya tertarik dengan analogi yang dibawa oleh Ustaz Hasrizal apabila membawa isu bahawa umat islam sekarang yang ilusi sedang berhadapan dengan yahudi/nasrani realiti.  Jadi, tidak menghairankan mengapa kemenangan masih belum memihak kepada umat islam ilusi ini kerana mereka sedang berhadapan dengan yahudi/nasrani realiti.

 

Ustaz Hasrizal menguraikan isu ni seperti dibawah,

 

“Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti. Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti. Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?”

 

Mungkin kita boleh mengambil ibrah  dari sirah kemenangan Kota Konstantinopel pada tangan umat Islam.

 

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, ” Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah monadonya adalah sebaik-baik pasukan. ” (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad).

 

Kerana itu usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Suliaman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Al-Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 14000 tetapi semuanya menemui kegagalan. Kemudian Akhirnya pada 857 Hijrah, Allah mentakdirkan Kota Konstantinopel berjaya ditawaan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia ditawan pada ketika wujudnya pemerintahan yang baik, tenteranya baik dan rakyatnya baik. (dipetik dari buku Sultan Muhammad Al-Fateh terbitan PTS)

 

 

Maka, ayuh kita menjadi muslim sebenar dan menepati syarat sebuah kemenangan!

 

Saranan Sheikh Yousef Al-Qaradawi dari www.palestinkini.info:

 

Ulama’ terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

 

“Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut ” ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

 

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

 

 

Apa yang harus ditunggu lagi wahai sahabat. Kemenangan itu datang bersyarat!

 

 

Jangan biarkan diri kita masuk dalam golongan muslim ilusi ini. Sebarkan tentang kebaikkan islam, tunjukkan akhlak yang terpuji, maju ke hadapan dan mendekati Allah dalam apa jua keadaan. Jangan lupa berdoa untuk saudara se-aqidah dengan kita di Palestin dan turun bersama menyetai demonstrasi pembantahan serangan zalim ini. Kalau bukan kita, siapa lagi?  Hidup di dunia bukan untuk bertempat-tinggal tapi  tempat sementara sebelum melangkah ke hidup yang selama-lamanya.

 

 

Mari kita berinfaq dengan apa yang kita ada melalui saluran akaun dibawah:

 

 Akaun untuk saluran bantuan kepada Palestin

 

Advertisements