Sahabat yang baik merupakan antara kebahagiaan yang Allah beri pada hamba-hambaNya di dunia. Alhamdulillah, sehingga hari ini…dimana-mana saja saya berada, pasti akan ketemu sahabat-sahabat yang sanggup bersusah-payah dan bersenang-lenang bersama saya…Alhamdulillah, nikmat yang tak terluah apabila dikurniakan sahabat yang sentiasa menghulurkan ukhuwwah yang begitu istimewa…

 

Kak Gee, Feza, Along dan sahabat-sahabat yang lain, jazakilllahukhair! Antum semua menjadi antara penguat saya untuk tetap sabar menempuh kehidupan dalam mencari bekalan untuk ke destinasi yang kekal abadi

 

 

 

Hari ini merupakan Hari Lahir sahabat yang sangat rapat di hati saya, Ila (Suhaila) (*^_^*)

 

Selamat Hari Jadi Ukhti,

Moga anti dipanjangkan usia dalam keredhaan Allah….

 

Ila,

 

Tahun ni insyaAllah akan genap 4 tahun jalinan ukhuwwah  kita sejak mula-mula kenal di Bangi. Alhamdulillah, sehingga hari ini, Min sentiasa rasa senang berukhuwwah dengan Ila, malah Min rasa semakin dekat dengan Ila dari hari ke hari….. oops, macam semacam pulak ayat min 😉 hehehe…Walaupun sudah setahun lebih Ila di Miri dan Min pula dah pindah ke Kulim, Ila tetap sahabat paling dekat di hati min walaupun Ila antara sahabat paling jauh di mata 😉

 

Masuknya emel Suhaila bt Mansor dalam inbox emel Min setiap hari sentiasa buat hari Min rasa lebih ceria dan lapang walaupun fikiran sangat kusut. Syukran Ila kerana tetap sentiasa terus-menerus berusaha menghantar berita.

 

Ila, walaupun hari ni besday Ila…ta piMin pulak yang terima hadiah dari Ila pagi ni. Rasa berbunga sangat bila kawan Min hantar parcel Ila…hehehe. Tak sabar-sabar rasanya nak mulakan baca buku Al-Fatih yang  Ila hadiah kan. Syukran kenana menghantar ‘pemangkin’ bagi perhebatkan dakwah seperti semangat al-Fatih!

Tudung yang Ila hadiahkan tu pula sesuai sangat dengan baju yang Min beli 2 bulan lepas. Jadi tak perlu Min cari tudung untuk padankan dengan baju tu 😉

 

Jazakillahukhair ukhti atas segala huluran kebaikkan….hanya Allah saja yang layak membalas dengan paling adil.

 

Syukran tak ternilai…

 

kerana sentiasa menumpang Min ke dalam kereta untuk pergi program+meeting,

kerana menaikkan semangat juang diri Min dikala Min dalam keruntuhan jiwa,

kerana menghiburkan Min dengan berehlah di sana-sini

kerana percaya pada Min dalam berkongsi rahsia-rahsia ila yang paling rahsia 😉

kerana sudi sabar join masak bersama Min berpandukan teori resepi saja

kerana sudi mendengar segala luahan hati Min dengan sabar walalupun masalahnya sama berulang-ulang

kerana sentiasa mengingatkan Min untuk giatkan tarbiiyah dan sebarkan dakwah

kerana suntik semangat min untuk terus mencari kebaikkan dunia dan akhirat

kerana buat Min rasa istimewa

dalam kata lain…jazakillahukhair ukhti kerana ingin menjadi teman yang sentiasa mengingatkan Min kepada Allah

 

 

Ila…apa jua yang menggembirakan hati Ila akan menceriakan Min juga walaupun Min kadang-kadang akan tertimbul cemburu di hati ;). Hehehe.Apa jua yang buat menyakitkan hati Ila pun akan buat Min sedih sehingga Min rasa nak terbang ke tempat Ila di Miri untuk bersama dengan kesusahan ukhti. Jika andainya Min pergi dulu sebelum sempat kita ketemu, maka tolong maafi segala kesalahan Min dan tolong doakan Min diampunkan dosa dan dihindari dari azab kubur dan azab neraka. Jika kita tak sempat bertemu di dunia, moga Allah kumpulkan kita bersama-sama di syurga.

 

Inni uhibbuki fillah

 

 

Advertisements