Saya sedang membaca buku karangan Ustaz Maszlee Malik “ HAMAS…Daripada Underground Kepada Parti Pemerintah”. Sepatutnya saya membaca buku ini 2 tahun sebelum ini iaitu ketika ia mula-mula dijual tapi saya menangguhkan niat saya ini hingga saya terlihat buku ini dijual di Popular baru-baru ini. Alhamduillah, saya dapat mencari masa untuk membaca buku ini akhirnya! Buku ini berjaya beri peringatan keras kepada saya tentang peranan saya yang mengaku sebagai saudara se-islam kepada saudara-saudara saya di Palestin!

 

Saya pernah hadiri satu forum dimana ahli panelnya adalah pelajar perempuan daripada Palestin dan Bosnia. Dah hampir 3 tahun hal ini berlalu namun ingatan saya masih segar tentang apa yang dikongsikan dalam forum. Perkongsian mereka benar-benar membakar kembali semangat belajar saya yang semakin pudar ketika itu.

 

Pelajar palestin itu berusia 18 tahun namun sangat bersemangat berkata-katanya. Dapat saya rasakan semangatnya itu lahir daripada niat ikhlasnya untuk menaikkan semangat juang kami dalam menempuh ujian kehidupan. Pelajar palestin itu menceritakan bahawa sepatutnya dia datang belajar ke UIA bersama abangnya, namun abangnya tidak sempat datang belajar kerana ditangkap oleh zionis laknatullah!

 

Pelajar palestin itu menyatakan bahawa dia datang ke Malaysia dengan misi untuk menyerap ilmu seberapa banyak yang mungkin agar dapat dibawa pulang untuk dijana ilmu itu bagi keperluan negaranya. Bukan dia seorang saja pelajar Palestin yang membawa niat tu. Malah dia dan pelajar Palestin yang lain kebanyakkannya akan mengambil jurusan kejuruteraan dan perubatan yang khususnya sangat berguna apabila pulang ke Palestin.

 

Dia datang ke sini dengan semangat perjuangan! Dia mengingatkan kami rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana berpeluang belajar di negara yang aman. Namun malang sekali, kebanyakkan pelajar Malaysia terleka dengan hal yang melalaikan dan tidak benar-benar belajar kerana laparkan ilmu. Saya menjadi sangat malu dengan diri saya sendiri. Pelajar Palestin ini datang belajar ke UIA bukan melalui jalan yang mudah. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan dia sebenarnya sedang berjihad menimba ilmu! Saya teringat seorang pelajar siswazah Syria tapi berasal daripada Palestin datang ke UPM untuk mengambil MSc. Dia datang kesini tanpa ada ilmu abjad, apatah lagi berbahasa Inggeris yang merupakan medium bahasa kedua di UPM.  Dia cuma tahu berbahasa Arab. Namun akhirnya dia pulang ke negararanya dengan lulus PhD. Pengajian Msc + PhD mengambil masa hanya selama 5 tahun. Dia pernah berkata bahawa kesungguhannya untuk belajar lahir dari semangat untuk berjihad!

 

Kembali semula kepada cerita pelajar perempuan palestin ini. Dia mendapati di Malaysia, petir sentiasa berdentum-dentum kuat ketika hujan lebat. Petir ini membuat jantungnya berdegup kuat kerana dentuman ini mengingatkannya kepada keluarganya di Palestin. Di Palestin, bunyi dentuman itu biasanya daripada bunyi bom yang meletup daripada serangan zionis.

 

Di Palestin, kehidupan belajarnya penuh dengan cabaran. Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, mereka harus dengar radio dulu untuk mengetahui apakah sekolah masih dibuka atau ditutup pada hari itu kerana perang. Kemudian untuk kesekolah, perlu diiringi dan melalui tahun mana lorong2x yg selamat agar tidak ketemu dengna pihak zionis. Sesampainya disekolah, perlu diketahui apakah guru masih hidup atau tidak. Bila mahu ulangkaji dirumah pada malam hari, perlu gunakan lampu yang sangat minimum cahayanya  kerana rumah tidak boleh kelihatan berpenghuni. Ini kerana dikhuartiri pihak zionis akan menyerbu masuk. Pihak zionis suka melakukan kacau pada mana-mana rumah yang dirasakan berpenghuni. Selalunya, kekacauan akan bertukar kepada peritiwa yang tragis. Mengambil peperiksaaan juga amat sukar….mamam-macam masalah timbul akibat sekatan pihak zionis. Bukan mudah baginya untuk keluar dari negaranya dan sampai ke Malaysia untuk belajar.

 

Astaghfirullah, saya menjadi insaf mendengar perjalanan sukarnya dalam menimba ilmu. Apatkah lagi, dia seorang perepmuan yang tabah meninggalkan kampong halamannya demi menimba ilmu untuk dipulangkan bagi memajukan ngaranya. Kemungkinan apabila dia pulang semula ke kampungnya, sebahagian ahli keluanrya sudah mati dibunuh…

 

“Ya Allah, selamatkanlah dan berikanlah kemenangan bagi orang-orang yang telah berkorban masanya, tenanganya, hartanya dan jiwanya demi menegakkan agamaMU”

 

 

 

 

Advertisements