3 Sept 08:

Ting tong…sms masuk .from a friend that I only know by name and voice.

 

“ Be careful on what we feeding our mind, because it’s going to affect our actions hence affecting our future. If taqwa is our main food, surely it will create hikmah in our speech and action. InsyaAllah. Bila jiwa dibaja dgn Al-Quran dan As Sunnah, nescaya fizikal individu tumbuh subur berserta keberkatan Allah. Jgnlah bersedih kerana ia akan membuat musuhmu gembira. Sesungguhnya sedih menjadikan hati lemah dan kecut, wajah murah, semangat padam dan harapan menghilang. Jadilah jiwa yg tenang, jadilah jiwa yg penuh dgn redha Allah. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada jalan kemudahan. Ia diungkapkan dlm Al Insyirah:5”

 

Such an inspiring words indeed!. Jazakallahukhairan kathira…kata-kata ini datang tepat pada waktunya, ketika saya sedang mengalami kesulitan dan kesusahan.. 

 

Ketika umat Islam berkejar-kejar merebut fadhilat Ramadhan, saya juga cuba mengejar bersama. Tetapi bebanan yang saya bawa ini berat, sehingga saya menjadi manusia yg lambat. Bebanan itu tak sepatutnya menjadi bebanan jika saya benar-benar yakin 100% pada Allah, jika saya letakkan sepenuh jiwa raga pada ALLAH SWT semata-mata. Jika takut dan taqwa itu hanya pada Allah.

 

Teringat kata-kata seorang teman seperjuangan yang menguruskan masalah saya, “Banyakkan solat hajat, letakkan takut dan harap hanya pada Allah”

 

Dan itulah yang saya rasa telah lakukan berbulan-bulan lamanya, sehingga saya terasa amat keletihan…sehingga saya tak mahu berfikir masalah ini lagi dan biarlah org lain yang membuat keputusan.

 

Rupa-rupanya saya masih silap. Patutlah ujian ini tidak selesai..kerana saya masih ‘saya’ yg sama. Bukankah ujian itu Allah berikan sebagai pengajaran untuk meninggikan tingkatan hambaNya?

 

Oleh itu azam bulan Ramadhan ini ialah saya ingin menghadapi masalah ini dengan jayanya dan penuh kesabaran..dan paling utama mendapatkan keampunan dari Allah dan mencapai taqwa yang tertinggi.

 

*      Semoga kulalui dengan Imanan wahtisaban’ (penuh keimanan dan mengharapkan redha Allah)

*      Demi mencapai objektifnya La’allakum Tattaqun ( agar kamu menjadi orang yang bertaqwa)

 

 “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya” (At-Thalaq: 2-3)

 

I will give my best and let Allah do the rest!

 

Dan hadith di bawah ini bertepatan dengan kes yang sedang saya dan beberapa sahabat lain sedang alami …(keburukan perlu diiringi dengan kebaikan…mcm susah je kan *wink*)

 

“Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada; iringilah perbuatan buruk dengan kebaikan, nescaya kebaikan akan menghapus keburukan itu; dan bergaullah antara sesama manusia dengan akhlak yang baik” (Hadith Hassan)

 

 

InsyaAllah kuyakini Allah akan memberikan yang terbaik buat diriku…dan juga buat sahabat-sahabatku tersayang…Ameen

 

Chaiyokk!! J

Advertisements