Tajuk ini merupakan topik perbincangan utama majalah Tarbawi keluaran July 08, majalah favouriteku sekarang ni.

 

Benar-benar hati ini tersentuh…benar…doa itu mmg senjata orang-orang Mukmin, dan terlebih lg doa ikhlas dari seorg mukmin kepada mukmin yang lain adalah senjata yg lebih kuat lagi. Ikatan kerana ALLAH itu mengilhamkan dirinya utk mendoakan saudara yg dikasihinya…TANPA pengetahuan saudaranya seorg lagi… Doa seperti ini mampu melahirkan kedekatan hubungan batin antara yang berdoa dan yang mendoakan, kedekatan yang tak mungkin dapat digantikan dengan hubungan apapun lainnya.

 

Rasulullah SAW sendiri yg merupakan seorang Nabi dan Rasul teragung dan doanya selalu diijabah, tidak malu berpesan kpd Umar RA yang akan berangkat ke Syam, utk minta didoakan oleh seorang Uwais Al Qarni. Pesan itu tidak menunjukkan kemuliaan seorg Uwais yg sangat berbakti kpd ibunya di hadapan sahabatnya, tetapi juga agar kita mahu meminta orang lain mendoakan kita, kerana kita tidak pernah tau dari mulut siapa doa itu diijabah.

 

Sebuah kisah menyebutkan Rasulullah SAW bersabda “Sertakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”(HR Abu Daud)

 

Rasulullah SAW juga mengingatkan sebuah doa yang amat mustajab di sisi Allah iaitu doa yang dipanjatkan orang lain untuk kita, tanpa pengetahuan dan permintaan kita.

 

Seperti sabda Baginda SAW “Tak ada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya, melainkan malaikat berkata kepadanya, “ dan bagimu seperti yang kau mintakan untuk saudaramu” (HR Muslim)

 

Doa “di belakang layar” itu sangat mustajab. Dengan kerendahan hati kita harus yakin bahawa ada orang yang melakukannya untuk kita, tanpa kita sedari, tanpa kita tahu dan tanpa perlu tahu, tetapi wajib mengucapkan syukur dan terima kasih.

 

Dan orang yang paling dekat dengan kita, yang sentiasa mendoakan kita dan tidak pernah melupakan kita adalah ibu bapa kita sendiri. Kasih sayang yang ditiupkan oleh Allah ke dalam hati-hati ibu bapa ini membuatkan ingatannya sentiasa tertuju kepada anaknya. Contoh ini dikisahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran mengenai Nabi Ya’qub dan anak-anaknya.

 

 “ Mereka (anak-anaknya) berkata: “ wahai ayah kami, mohonkanlah keampunan bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah” Ya’qub berkata: “aku akan memohonkan keampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” ( Surah Yusuf: 97-98)

 

Selain ibu bapa kita, terdapat juga orang lain yang mengucapkan tanda terima kasih dengan mendoakan kita. Ada orang-orang yang dhaif, orang-orang yang lemah tak berdaya kerana kemiskinan dan ketertindasan. Mungkin kita hanya memberikan kebaikan sederhana kepada mereka, tapi itu sangat bererti kepada mereka..lalu mereka mendoakan kita sebagai tanda syukur kerana pertolongan Allah. Rasulullah SAW telah bersabda “sesungguhnya kalian diberi pertolongan kerana orang-orang yang lemah di antara kalian”

 

Sahabat-sahabat seperjuangan dalam iman, agama dan cita-cita mengalirkan doa kepada kita tanpa pernah kenal wajah dan diri kita. Terdapat kisah seorang yang soleh ditegur oleh sahabat dakwahnya kerana berdoa begitu lama? Orang itu mengatakan, “ kerana aku menyebut satu persatu nama sahabatku dalam doaku, maka aku memerlukan waktu yang lama dalam berdoa”

 

Bahkan juga Malaikat dan seluruh makhluk mendoakan kita..

Rasulullah SAW bersabda “ Tak seorang pun berada di pagi hari kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, “ Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak” dan yang lain berkata “ Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit” (HR Bukhari dan Muslim)

 

Dan untuk orang yang ikhlas mengajarkan ilmu dan kebaikan kepada orang lain, bukan sahaja malaikat mendoakannya, tetapi seluruh makhluk yang mendiami bumi ini. Imam Tirmidzi meriwayatkan “ Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut di dalam lubangnya dan bahkan ikan semua berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (HR Tirmidzi)

 

Tunggu ye sambungannya nanti..:)

Advertisements