Dalam perjalanan balik ke rumah semalam, kawan saya bertanyakan pendapat saya tentang usrah kami dengan naqibah baru. Saya menjawab, “alhamdulillah syukur. Setiap kali berusrah, setiap kali itu saya rasa iman saya tercas kembali. Saya ternanti-nanti hari usrah pada setiap minggu”. Tapi keadaan kawan saya berbeza. Dia rasa ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Gelojak komitmennya untuk dakwah tak seperti dulu dan dia terasa semakin futur dari sudut perasaannya. Usrah pula tidak dapat membantunya. Dia semakin tidak memahami dirinya, rasa hilang. Akhirnya kami buat kesimpulan, perlu ada penghijrahan ‘dalam diri’ agar keluar daripada rasa imunisasi. Saya sebut imunisasi kerana kawan saya sudah seperti tidak terkesan dengan apa-apa kebaikkan atau keburukkan yang berlaku di sekelilingnya. Semuanya biasa-biasa aja. Normal saja.Tidak ada urgensi untuk up-grade kan tarbiyyah atau perkasakan usaha dakwah.

Ya ukhti, saya ingin ruh kamu terus bersama kami dalam dakwah kerana saya tetap juga memerlukanmu.

Moga Allah berikan kawan saya kekuatan dalam mencari dirinya.

Moga usaha dakwah kami yang kecil ini diterima sebagai bukti ketaatan kami kepadaNya di hari pengadilan nanti.

Hijrah…menyelami sirah perjuangan Rasulullah mengesani peribadi individu yang menghayatinya. Sejarah yang benar-benar berdengung dalam ingatan dan merindukan agar kegemilangan Islam kembali berulang semula. Suatu peristiwa dalam sejarah kegemilangan umat Islam dimana ia merupakan titik tukar bagi  perjuangan Rasulullah. Hijrah yang  membawa umat Islam keluar daripada seksaan dan penghinaan di tangan puak Quraisy kepada umat Islam yang dimuliakan, dipersaudarakan melalui ukhuwwah islamiyyah, pengiktirafan pemerintahan Islam dan penegakkan negara Islam. Peradaban manusia menjadi mulia dengan rahmat Allah.

Namun hari ini, umat Islam kembali hina. Tidak ada hari tanpa berlalunya berita tentang penyiksaan dan pembunuhan kejam musuh terhadap umat Islam. Kezaliman yang dibuat secara terang-terangan. Musuh Islam sangat rancak merancang dan sibuk pula mengajak kita bersama-sama dengan propaganda mereka. Akhbar Berita Harian ada melaporkan berkaitan dengan perancangan saintis Amerika mencipta bom yang mampu menghancurkan pejuang Islam ditangan pejuang sendiri. Ledakan bom yang tidak menumpaskan darah tetapi ledakan bom yang mampu mengaktifkan hormon badan manusia agar ia dapat merangsang perasaan ‘gay’ kepada para pemuda pejuang Islam. Sejauh mana kebenarannya mungkin tidak begitu penting jika disedari bahawa  musuh Islam sudah lama menyusun perancangan  ke tahap kompleks.

Kenyataan pahit realiti hari ini menuntut umat Islam berubah… berHijrah.

Hijrah…tidak bergantung kepada semangat dan keinginan yang tinggi sahaja. Juga tidak diikat dengan kesedaran semata-mata. Tapi perlukan kepada amal dalam mencari redha Allah  yang didorong oleh ruh dan jiwa yang kuat.

Amal dalam mengajak lebih ramai individu bersama-sama dibawah bendera aqidah Islam perlukan kepada kerja sepenuh masa…. …sangat kerdil ukuran  usaha ini bila dibandingkan dakwah Rasulullah yang berkerja secara over time hingga ke akhir nafas baginda.

Meminjam kata-kata Dr. Majdi Al-Hilali dalam Rakaizud Dakwah (terjemahan Ustaz Al-Bahy Al-Khouly)

“ Seorang da’i harus dapat merasakan bahawa dakwahnya sentiasa hidup di dalam sarafnya, menyala di dalam hatinya, bergejolak di dalam hatinya, sehingga mendorongnya dari sikap istirehat dan kesenangan kepada sikap pergerakan dan perbuatan, serta menyibukkan diri dengannya daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya. Ini adalah da’i yang jujur, yang imannya merasakan bahawa dakwahnya berkobar di dalam pandangannya, gerakkannya, isyaratnya dan dalam karakteristik yang bercampur dengan air wajahnya. Dia selalu ingat dengan dakwahnya baik ketika tidur maupun terjaga, ketika makan dan diantara keluarganya, ketika diam, dalam berpergian dan dalam perkumpulan-perkumpulannya. Secara keseluruhan, dakwah adalah masalah utama yang selalu hadir dalam setiap waktu hidupnya. Ia adalah ruh kehidupannya, initinya, substansinya dan urusan hidupnya baik sebagai sampingan maupun hujung kehidupannya. “

Hijrah Rasulullah dan sahabat ketika berangkat ke Madinah, mereka keluar membawa Islam untuk mencapai redha Allah. Baginda dan sahabat meyakini meninggalkan harta yang diusahakan, tanah air tercinta, keluarga yang dirindui merupakan suatu yang sangat kecil apabila dibandingkan dengan keredhaan Allah.

…keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliannya (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar…

(Surah Al-Taubah: 72

 

Advertisements