Walaupun telah jika 100 kali mengucap “laa ila ha ilalallah”, namun jika tidak benar-benar menghayatinya dalam aplikasi kehidupan, maka penyaksian yang tidak dipegang seerat-eratnya belum tentu menjamin kita kekal muslim di akhir hayat.

 

Pernah ada seorang ustaz bercerita tentang pengalamannya berdakwah kepada masyarakat orang asli. Apabila ustaz cuba mengislamkan seorang pak cik ni, pak cik tu jawab, “Masuk kali ni, dah kali ke-10 pakcik masuk Islam”. Moga keislaman pakcik tu kekal hingga akhirnya.

 

Maknanya, seseorang dalam hidupnya sentiasa perlukan kepada peringatan dan bimbingan yang berterusan. Terutama apabila dirinya baru sahaja menjinakkan diri kepada amal Islam. Tentu payah membuatnya tanpa sokongan. Dan amat impossible dibuat tanpa keizinan Allah.

 

“…maka barangsiapa menghendaki (kebaikkan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”

(Al-Mursalat: 29-30)

 

Begitu juga dengan insan bergelar daie. Tidak akan terlepas daripada masalah ini. Ramai pelajar mampu bertahan komited dengan dakwah semasa berada di tahun pengajian. Ini kerana ‘zon belajar’ sangatlah selesa jika dibandingkan dengan dunia setelah memperolehi duit sendiri, setelah bergaul dengan pelbagai individu yang aneh dan setelah macam-macam. Saya nak tulis lebih-lebih pun rasa takut sebab diri sendiri pun belum benar-benar melalui zaman sebegitu. Adakah kita masih dapat bertahan setelah berlaku perubahan dalam pola hidup?

 

Dari pola pergi kuliah dan belajar ke pola pergi ofis dan bekerja.

Dari pola belajar yang banyak waktu terluang kepada pola kerja dari 8.00a.m. ke 5.30p.m.

Dari pola hidup bujang bebas ke sana-sini ke pola hidup perkahwinan yang tertanggungjwab dengan macam-macam topi.

 

Jadinya, perlu tanam ‘habit’ dari sekarang untuk tidak tangguhkan kerja-kerja dakwah dengan sebab nak siapkan kerja-kerja lain. Supaya insyaAllah dikemudian hari, kita akan ada ‘habit’ untuk tangguhkan kerja-kerja lain sebab nak siapkan keja-kerja dakwah. InsyaAllah, Moga Allah mudahkan cita-cita kita.

 

Uish…slogan ’cakap saja’ memang banyak senang daripada ‘buat saja’. Tapi yang diberi penilaian tertinggi ialah apabila kita ‘buat saja’. Peringatan terutama buat diri saya. Saya sendiri berkali-kali perlu ingatkan diri sendiri setiap hari agar terus saja buat kerja. Aduh, payah sebenarnya. Kadang-kadang terasa begitu lemah hingga tidak mampu untuk keluar dari masalah sendiri sedangkan rasa seperti dah habis usaha. Tapi jika saya tidak mahu bangun sendiri, bagaimana saya mahu mengharapkan pertolongan Allah? Tentunya semua ini berlaku kerana ada kebaikkan buat diri saya. Dan tentunya Allah akan mencukupkan keperluan hambaNya sekiranya hamba itu bertawakkal hanya kepadaNya.

Biarpun kalah 100 kali, usaha lagi kerana barangkali kita akan berjaya pada 101 kali

Cubalah lagi walaupun dah gagal 100 kali. Barangkali cubaan ke 101 kali membawa kejayaan 

 

“ …Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”.

(At-Talaq: 2-3)

 

Kadang-kadang, terasa hidup ini amat panjang. Tapi hingga kini, saya tidak berani untuk meninggalkan bumi. Kerana apabila saya renungi dan muhasabah diri, rasa-rasanya belum lagi ada amalan yang boleh meng’confirm’kan tempat di jannah yang kekal abadi. Memang takut. Tapi, saya masih bernafas. Maknanya, masih ada peluang untuk melaksanakan misi hidup ini.

Advertisements