Sabtu malam lepas, saya berpeluang mengajak sepupu untuk ke MARS (Malam Amal Raudhatus Sakinah). Raudhatus Sakinah adalah tempat bagi mereka yang pernah ‘terlanjur’. Disini, mereka mengizinkan diri untuk dibimbing ke pangkal jalan melalui sentuhan hati dan jiwa agar kembali pada Allah.

  bunting_mars.jpg

Jadinya, saya dan Hawa mendapat lima tiket free untuk membawa adik-adik mad’u ke MARS. Tapi atas sebab miss- communication, kami terlebih 3 orang dan masa tu semuanya dah dalam perjalanan ke sana! Uiks, kelam kabut saya dan Hawa merancang macam2x secara senyap2x utk pastikan semua orang dapat masuk ke sana dengan tiket. Berdebar-debar jugak kami sepanjang perjalanan ke sana. Sampai saja sana, dah maghrib. Semua orang sibuk untuk solat on time. AJK protocol majlis dengan tegas pastikan semua orang masuk dewan sebelum Permaisuri Agung datang. Masa tula, kami dua orang sibuk bertanya sana-sini pada akhawat lain, kot2x la ada tiket ‘kosong’. Alhamdulillah, Allah mudahkan  dan beri jalan. Akhawat dari tempat lain berlapang dada dengan masalah kami. Akhirnya, daripada hanya nak tiga, kami dapat 4 tiket free! Syukran Hawa atas kesabaran ukhti ;).

 

Saya rasa seronok sangat dapat bawa sepupu saya ke sana (*^_^*). Sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi wasilah ‘perjuangan’ ini dengannya. Dan paling saya hargai, dia rasa seronok dan semakin memahami perjuangan saya. Hihihi, adakah ada pertambahan mad’u? Tu saya kena teruskan dengan proses follow-up.

 

Ila pun ada disitu malam tu dengan adik-adik usrahnya. Sungguh ke-kakak-an dia malam tu dengan memastikan adik2xnya tak terlepas dari pandangan mata. Adik-adik2x yang saya bawa pula sibuk sana-sini melihat gerai2x jualan. Disebabkan saya menjadi kakak yang membebaskan adik-adik saya ke sana-sini, maka akhirnya saya dan Hawa perlu menunggu mereka di pintu keluar. Orang begitu ramai dan mereka tak dapat dikesan. Apa pun, moga semua orang beroleh manfaat atas majlis malam itu dan moga ukhuwwah kita semua dirapatkanNya…

Advertisements