Seperti ketidakbiasaan, sahabat saya Min sampai lambat ke KL sentral. Sy hampir2 terlentok di bahu makcik sebelah akibat terlalu lama menunggu. Kami sepatutnye naik tren bersama2 ke petaling dimana adik kami yg terkecik, Feza akan ambil utk dibawa ke bukit cerakah..plan seawall slps subuh..tp bile dh smpi stesen petaling, jam telah pon hampir kol 9.30 kot..tak igt dahh

Bile smpi kat bkt cerakah, kami terpakse menunggu hmpir 45 min utk along n kak gee dtg amik. Bile diorg smpi, diorg mtk tolong kami anta 2 org sisters yg cedera semasa beraktiviti lasak semlm. So me n feza pon pegi, dan cik basmin proceeded to hutan bkt cerakah.

Oklaa…tak nk cite pjg..kami pon semua smpi ke bukit cerakah. Saya spt biasa selalu ditakdirkan berganding dgn basmin, diletakkan di check point A frame. Bes jugaklaa dok lepak2 menikmati alam ciptaan Allah ni, betul2 menenangkan…tgk gelagat adik2 buat A frame…kire mmg santai abes..

Tp langit tak selalunya cerah…slps Zuhur kami dikejutkan dgn hujan lebat tiba2…lalu bertempiaranlah saya dan basmin mencari perlindungan di pondok. Alhamdulillah, Allah lindungi kami dr hujan yg mencurah. Baju masih bebas dr kotoran  kami tersenyum kegirangan, dlm hati terfikir mcm mana org lain ye? Hehe

Tibe2 due group akhawat pon smpi…dan tak lama lps tu kak gee call, ikhwah suruh proceed w/pon hujan sgt lebat..
Dlm hati hanya Allah shj yg tahu betapa saya betul2 tak nk kene hujan. kami pasrah dan redha…so berhujan dgn lencunnya menunggu adik2 ni buat A frame. Saya hampir2 shj ingin berlindung di bwh cendawan besar, tp tak sampai hati dan tdk mahu adik2 ni tak thiqah plak ngn akak2 ni..Kesian sgt kat diorg, penat dan letih…tp nmpk dr riak muka, mereka masih kuat. Mereka masih mampu melangkah dgn A frame di tanah becak yg asyik menenggelamkan A frame tu. Ade sorg adik yg kecik je orgnya (alamak lupe nama)..kejenye asyik angkat A frame…ade terasa lucu di situ. 

Oklaa…akhirnya selesai, kami diarahkan berjln pulang ke kem dan alhamdulillah on the way tu, STORM telah mengangkut kami ke kem.

Kemudian acara chicken run (sembelih dan masak ayam)..adik2 peserta mmg amat tabah. Tabik spring kat diorg. Dgn penat yg amat + baju basah lembap…mereka terus melakukan tugasan sehingga hampir 10.30 mlm br mknan sedia. Nk bgtau, mereka tak tdo dr mlm semlm..lbh kurg tak tdo >24 jam kot.

Lps mkn, sy n min pon nk jln g surau..nk tido kat surau la plannya. Tp kak nofi panggil kitorg suruh tdo kat bilik stor tmpt letak ayam (b4 ayam tu disembelih). Alamak…sy tak nak!!! Kak nofi dh siapkan letak alas kanvas n surat khabar…rupe2nye surau utk brothers shj…dan di stor situlah kami melelapkan mata. Tak pernah sy tdo berlapikkan surat khabar (tp pernah laa tdo atas batu dlm hutan hehe). Yg paling meng’hepi’kan saya ialah malam tu sy tdo begitu nyenyak, smpi tak dgr org nyanyi bising2 kat luar. Normally I cannot sleep well at an improper or a new place. Syukurnya!! Tp min amat jeles, smpi skrg die masih cite psl kenyenyakan sy dlm reban ayam

Di sini sy tidak mahu celoteh sy sekadar cerita kosong. menjadi AJK Perkasa telah memberikan pelajaran berharga. sy bersyukur kerana jalan dakwah ini benar2 mentarbiyah jiwa saya. Bkn dr segi menjadikan diri ini mempunyai nilai tambah dr segi penghayatan agama…tetapi juga tabah dan kuat dan SABAR. Utk sy yg mmg sukekan keselesaan, dan tak suke keadaan berpeluh2, bersesak, lapar dan penat.

Jalan dakwah ini memerlukan pengorbanan…kita sentiasa diuji dan di tapis, spy di akhirnya hanya insan2 terpilih shj mampu bertemu Allah dgn penuh kegembiraan. Biarlah kami letih dan sakit di dunia…

‘ O you who believe! Shall I guide you to a trade that will save you from a painful torment?’
‘That you believe in Allah and His Messenger SAW and that you strive hard and fight in the Cause of Allah with your wealth and your lives, that will be better for you, if you but know!’ (As Saff: 10-11)

Advertisements