Ada lagi satu jam setengah sebelum saya perlu keluar untuk ambil adik-adik di sekolah. Kerja-kerja saya yg ingin disiapkan pagi ni dah langsai. Jadi boleh la curi masa untuk update blog yang telah lama di’pinggirkan’. Sejak berlalunya SP (strategic planning) JIPT DHL Ahad lalu, saya rasakan suatu perasaan berat dalam dada. Seperti SP biasa, kami merangka tapak struktur haluan gerak kerja bagi tahun 2007-2008. Memang, amanah ni suatu yang ‘berat’ dan di’takuti’ sekiranya lalai dalam merealisasikannya. Bahkan tugas yang boleh ‘bawa ke syurga’ ada chances untuk bertukar laluan ke tempat api menyala jika tidak dilaksankan dengan sekuat tenaga.

 

Namun dengan adanya kakak-kakak senior dlm JIPT DHL yang selama ni banyak menjaga kebajikkan saya, saya berasa sedikit selamat + lega. Selama ini, mereka banyak menutup kelompongan kerja-kerja saya. Ye, ikhwah juga turut banyak membantu. Kerja berjemaah memang nikmat. Tapi sentuhan kakak-kakak yang membimbing sejak saya di tahun pertama dulu lebih memberi makna. Jadinya, saya berasa sedih dan ‘sangat takut’ apabila kedua-dua kakak saya mengatakan bahawa mereka akan sambung phD ke luar Negara seawal hujung tahun ni. Tiba-tiba hati saya rasa sangat terbeban dan menekan-menekan. Saya berkongsi kegembiraan mereka yang berjaya mendapat tajaan biasiswa ke luar negara setelah lama menangguhkan hasrat ini. Tapi berita yang tiba-tiba ini buat saya rasa takut untuk meneruskan ‘tugas’ saya di JIPT DHL.

 

Tapi hari ni, saya semakin sedang menerima hakikat bahawa saya perlu matangkan diri dan istiqamah kuat kan diri  demi menjalankan amanah yang akan ditinggalkan oleh mereka. Allah pasti akan bantu sekiranya saya benar-benar menyerah diri demiNya. Saya yakin. Saya harus kukuhkan diri dengan cuba memperbaiki segala kelompongan diri. Keadaan diri saya yang kekurangan dari segi hal2x teknikal menyebabkan saya perlukan bantuan akhawat yang ada kelebihan itu InsyaAllah, hanya buat sementara waktu…sementara saya masih belajar, sementara saya belum ada pekerjaan tetap.

 

Demi dakwah ini, saya harus segera menamatkan pengajian saya se-awal mungkin dan moga Allah mudahkan laluan saya dalam mencari pekerjaan. Hal ini mungkin nampak remeh, namun ia akan beri kesan besar pada gerak kerja jemaah jika saya diberikan tanggungjawab yang lebih berat dari keadaan sekarang.

  

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepad amereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik”.(Al-Ankabut:69)                                                                                                  

 

Maka, siapakah yang lebih tepat JANJI-nya selain ALLAH?

 

Perkongsian hasrat saya dibawah (semasa memegang amanah di KNL) merupakan peringatan yang kembali kepada saya pada keadaan sekarang…

 

Perkongsian Hasrat di PKN05

Assalamu’alikum wa rahmatullahi wa barakatuh

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruhNYa., serta ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.

 

Ahamdulillah, hampir separuh hari kita berada bersama-sama disini. Sama-sama duduk berfikir, bermuhasabah, sama-sama mendalami kefahaman. Paling penting, sama-sama mencorak hala tuju Karisma dalam mencapai visi kita, “  Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia. Visi yang kita ingin kongsi realitinya merupalan amanah kita bersama. Visi yang kita ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekuliah, sepasukan,sekampus dan masyarakat di sekeliling kita agar perjuangan ini milik ramai orang.

 

Ikhwah/akhawat sekelian,

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata: Ketahuilah kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di esokhari. Kata-kata ini jika kita selami maksudnya menyingkap mesej bahawa Besok Adalah Untuk Islam. Keredhaan Allah sebagai matlamat menjadi motivasi yang kuat kepada kita supaya istiqamah dalam dakwah ini. Kerana itu, ana percaya bahawa kehadiran ikhwah/akhawat sekelian daripada jauh di utara, selatan, timur dan sini bukan jasad serta impian semata-mata, tetapi adalah dengan kehadiran hati yang diselami iman. Hanya hati yang kuat sahaja yang dapat meluangkan masa, tenaga dan wang untuk dakwah.

 

Maka jika Perhimpunan Karisma Nasional merupakan langkah pertama kita, ia perlu disusuli langkahnya. Melangkah dan melangkah tanpa henti. Orang-orang yang gagal adalah mereka yang bersemangat di awal dan sejuk di kemudian hari. Maka, pulanglah ke lokaliti masing-masing dan susunlah strategi. Kualiti tidak diukur dengan banyaknya perbincangan tetapi banyaknya tindakan. Tugas dakwah menuntut masa 24 jam sehari daripada hidup kita…masa makan dengan rakan-rakan, bersukan, belajar, berprogram, bekerja dan sebagainya. Ia merupakan amanah yang perlu dipikul oleh orang-orang yang benar-benar ingin serius dalam mendidik umat demi mencapai kemenagan Islam. Oleh itu, kita perlu berkongi tugas ini, berkerjalah secara berjemaah. Karisma IPT, Karisma Nasional dan badan dakwah lain adalah entiti yang sama, keluarga yang sama. Jika salah satu organ dalam badan ini cedera, luka ini sepatutnya dirasai oleh ahli-ahli yang lain.

 

Ikhwah/Akhawat sekelian,

Pada era akhir zaman ini, kebinasaan, ketidakadilan, penindasan, kejahatan dan kemungkaran berlaku secara berleluasa di tepi kita. Namun, ini juga tidak bermakna kerosakan ini mampu melemahkan iman dan menghentikan perjuangan . Masyarakat masih terasa jauh daripada kita. Mereka masih rasa takut dan segan dengan kita walaupun mereka tahu kita berada di sekelilingnya dan ingin bersama-sama dengan kebaikan. Rupa-rupanya kita yang perlu senyum dulu, salam dulu dan taaruf dulu. Jika setiap hari kita mengajak satu orang untuk bersama dalam perjuangan ini, maka akan semakin ramai yang akan memahami Islam. Jahiliyyah akan semakin lemah dan perjuangan ini akan semakin kuat. Insya-Allah kemenangan Islam akan semakin hampir. Namun gerak kehidupan ini perlu dijalani dengan sabar dan bijaksana. Bersabarlah dengan masa dan bukalah ruang seluas-luasnya.

 

Ikhwah/akhawat,

Keadaan yang luar-biasa hari ini menuntut kita menjadi individu unik yang luar biasa juga. Kerumitan masalah hari ini mendesak kita menjadi individu yang kompleks juga. Teknologi dakwah hari ini perlu menjuarai teknologi kemungkaran. Kita perlu menjadi daie yang pakar dalam pelbagai bidang. Oleh itu, manfaatkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu. Belajarlah secar berterusan dan membacalah tanpa had. Ilmu yang kita kecapi dengan niat untuk menggemilangkannya akan tercermin pada peribadi individu yang unik. Individu yang unik akan menjadi magnet yang mampu menarik peribadi di sekaliling.

 

Ikhwah/akhawat,

Jalan ini masih panjang tapi waktu semakin pendek. Tali hayat umur ini semakin berkurang dengan putaran waktu. Persinggahan di dunia bakal berakhir. Bahtera ini akan melabuhkan sauhnya. Namun seringkali masih sempat terleka dengan kosmetik dunia yang menipu.  Ana dan kami di Karisma Nasional perlu bergerak seiring dan sebaris dengan antum. Tegurlah kami jika kami tersalah. Berkongsilah dengan kami ketika kami tidak tahu. Kuatkan kami ketika kami lemah. Berjalanlah bersama kami agar kita dapat berlari bersama-sama Menjadi sebuah gerakan mahasiswa kontemporari yang menjana ke arah tertegaknya syariat Islam di Malaysia.

 

Advertisements